SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT
SBP Integrasi Batu Rakit (BRaInS) yang dahulunya SMKA Batu Rakit telah dinaiktaraf dan dibuka pada 17 Januari 2003 . Sekolah ini terletak kira-kira 37 kilometer dari Kuala Terengganu. SBP Integrasi Batu Rakit mula dibina pada tahun 2001 dan diduduki pada awal tahun 2003 iaitu apabila bermulanya sesi pertama penggal persekolahan. Pada 5 Januari 2003, SMKA Batu Rakit dinaikkan taraf menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh.
SBP Integrasi Batu Rakit adalah sekolah yang pertama menggunakan satu sistem yang mesra alam antara sekolah-sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar selepas projek pembinaan Universiti Sains Malaysia. SBP Integrasi Batu Rakit mempunyai segala kemudahan untuk pentadbir, para guru, pelajar dan kakitangan yang merangkumi kediaman Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, 24 unit kuarters guru, surau sekolah, kantin sekolah,dewan besar, dewan makan dan padang permainan.
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
- Batu Rakit , Kuala Terengganu , Malaysia
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096693769
- Fax = 6096695911
VISI & MISI
MOTTOBERILMU, BERAKHLAK, BERKUALITI
LENCANA SEKOLAH








0 comments:
Post a Comment